Sunday, June 19, 2011

LAILATUL QADAR

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

1) Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
2) Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat.

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:

1) Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
2) Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'
3) Membaca Al-Quran
4) Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
5) Berdoa dan banyakkan membaca doa:  Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"
6) Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.

1) Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan
2) Jika awal puasa pada hari Isnin Lailatul Qadar, akan jatuh pada malam 21 Ramadan
3) Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan
4) Jika awal puasa pada hari Khamis, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan
5) Jika awal puasa pada hari Sabtu, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya:

Mulai jam 12.00 tengah malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar:
5. Zikrullah:
6. Bertasbih:
7. Selawat:
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). maka bacalah..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

No comments:

Post a Comment