Saturday, July 31, 2010

CINTA PALSU

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab malukan... hehehr...tq...sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg,
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..
ayang suker jumper abg?tq
yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer... nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?
50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....


18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,
----------------------------------------------------------------------
Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua.


Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!


Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!


Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya.


Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.
Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi.


Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan mnyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah....


Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!


Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan!
Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya.


sumber : dari facebook. xpasti hasil penulisan siapa.

"hai awek cun"

Hai awek cun. Lajunya awek cun ni jalan. Kena kejar dek anjing ker awek cun?”
Huh. Suara sumbang mana pula ni? Macam biasa dengar aje suara ni. Ni mesti budak terlebih ajar ni. Aku menolehkan kepalaku untuk melihat siapakah yang mengganggu perjalananku ke fakulti.
“Hai. Tak kenal ke dengan suara merdu abang hari ni?” suara itu berbunyi lagi.
Memang tidak syak lagi. Balik-balik jumpa dengan lelaki ni. Kan bagus kalau boleh terjumpa dengan Yutaka Takenouchi ke, Norman Hakim ke. Bahagia hidup aku kalau jumpa dengan mereka. Ini tida . Pagi-pagi lagi dah jumpa dengan cekodok basi ni. Kalau boleh makan tak apa juga. Hai… pagi-pagi lagi dah banyak dosa aku kat mamat ni.

“Awak kalau tak kacau saya tak boleh ke?” marahku . Aku menunjukkan muka yang sehabis-habis garang. Ni kalau harimau nampak pun terperanjat.

“Mana boleh awek cun. Awakkan bakal isteri saya,” ujar mamat tu dengan bersungguh-sungguh.

“Isteri??? Uwekkkkk…tak ingin langsung!” balasku sambil menjelirkan lidah. Huh… kalau handsome tak apa juga. Tapi, kalau tengok dua tiga kali boleh tahan juga handsomenya mamat ni. Ah… handsome tapi perangai macam setan buat apa?

“Nazri, amacam??? Jerat tak mengena ke?” soal member baik Nazri, Azmi.

“Erm… Kau tengok aja lah satu hari nanti. Aku akan pastikan Noor jatuh ke tangan aku.”

“Agak-agak berapa abad lagi ye?” gurau Azmi sambil melihat Noor memasuki kelasnya.

Ak en na. Kurang asam keping betullah mamat ni. Buk… Satu tumbukan padu dikenakan pada bahu Azmi. Apa lagi, berderai ketawa mereka. Kesannya semua manusia yang ada kat kawasan tu berpaling ke arah meraka. Ah, peduli apa. Janji aku dengan member aku ni bahagia. Nazri memaut bahu Azmi dan melangkah menuju ke arah fakulti. Enjoy-enjoy jugak. Tapi study aku tak tinggal.

Noor. Nama tu sentiasa terpahat di lubuk hati Nazri. Liar nak mampus. Nampak aja jinak tapi bila dekat terus terbang. Namun, Nazri tidak jemu memburu Noor. Insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Nazri tersenyum sambil mempercepatkan langkah ke fakulti.

**********
“Noor… oit Noor,” panggil member sebilik aku. Isk minah ni. Kacau je orang nak buat assignment. Dahlah esok dateline. Yang aku nie pun satu. Buat awal-awal tak nak. Sekarang baru terhegeh-hegeh. Baru padan dengan muka aku. Aku memalingkan muka sambil menunjukkan mimik muka yang paling lawa. A’ah lawa. Sebijik macam tenuk. Hehehe.

“Apa??” soalku.

“Kau dengan Nazri tu ada apa-apa ke?”

Uikkk… Soalan yang sungguh mencabar minda!!

“Nazri??? Pleaseee…”

“Abih yang aku tengok dia selalu kacau kau tu apa? Takkan tak ada apa-apa kot?? Dia tu handsome apa. Kau tak minat ke kat dia?? Sesuai sangat dia tu dengan kau. Macam pinang dibelah lapan. Weh, takkan kau tak teringin couple dengan dia kot??”
Tu dia. Tiga soalan untuk dijawab dalam masa satu hari. Dahlah semua soalan tu tersangatlah mencabar minda. Minah ni kalau dah bercakap, tak sah kalau tak lama. Agaknya berapa gelen air liur dia habis?

“Huh… mintak simpang malaikat 44. Handsome tapi perangai macam setan buat apa?” Haa… Jawapan untuk 3 soalan . Macam syampu pulak. 3 dalam 1…

“Tak baik kau kata macam tu. Dibuatnya ada jodoh dengan dia, apa kau nak buat?? Kalau aku, sure aku tak tolak.”

“Eh, eh minah ni . Over nampak. Cik Imah, kalau rasa teringin sangat kat Nazri tu, ambik ajalah. Aku bukannya ada apa-apa dengan dia Lagipun otak Nazri tu bukan betul sangat. Perangai macam kanak-kanak riang ribena aja,”

“Eleh. Kata kat orang konon. Macamlah dia tu matured sangat,” aku cuma tersengih. Tu lah. Nak kata orang tengok-tengok diri tu dulu . Kat kolej ni siapa yang tak kenal dengan Noor yang tinggal kat dorm 2. Minah yang paling gila-gila . Sampaikan lecturer kenal dengan aku. Amboi, glamour mengalahkan Ziana Zain. Erkkk… hehehe… Tul ke???

“Alah. Kalau aku tak matured pun aku tetap cun apa,” ujarku sambil menggayakan diri di hadapan Imah. Sudahnya bantal busuk milikku hinggap betul-betul kat hidung aku. Isk… Kemik la hidung aku dibuatnya. Dahlah hidung ni separuh mancung. Puas aku tarik hidung ni. Bukan setakat guna tali, siap guna dawai lagi. Tapi tak mancung-mancung juga. Agaknya apa petua yang Shah Rukh Khan pakai untuk mancungkan hidung dia?

***********
Huarghhh… mengantuknya dengar lecturer ni membebel. Boring yang teramat sangat aku dibuatnya. Yang aku ni pulak ntah apa sakitnya. Asyik boring memanjang. Kalaulah muka lecturer ni sebijik macam muka Noor kan best. Sure aku tak boring. Paling melampau aku punya tindakan ialah kerat meja panjang ni dan letak betul-betul sebelah lecturer tu. Tu kira okay lah tu. Dibuatnya aku bawa balik lecturer kat dorm aku sure haru dibuatnya. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak sedar gadis idamannya sedang mengaturkan langkah memasuki perut kelasnya. Azmi yang duduk di sebelah Nazri menyikunya. Apa lagi, melopong mulutnya apabila melihat sang gadis berada di depan mata.

Nazri menatap muka Noor. Kalaulah aku dapat duduk kat depan, terang pemandangan aku tengok muka Noor. Huh , nak dok depan? Jangan haraplah. Dok depan tak boleh buat taik mata. Kalau duduk di belakang, tempat paling strategik untuk melakukan aktiviti yang paling Nazri gemari. Tapi, saat macam ni, aku rasa nak halau aja manusia yang dok kat depan tu. Boleh aku tengok muka Noor puas-puas. Eh... eh, nak ke mana pula Noor ni? Siap bawa buku. Eh, macam nak menuju kat sini aja. Kebetulan pulak sebelah Nazri tiada student lain yang duduk. Sebelah kanan ni surelah mamat Azmi ni. Tapi, Noor ambik ke subject Kimia? Tak penah tau pun. Setahu aku dia ambik course Sains Hayat. Erk, memanglah course tu ambik subject Kimia. Tapi tak pernah nampak pun Noor masuk kelas ni. Agaknya aku tak nampak sebab aku selalu datang lewat. Bila masuk tu bukannya reti nak ambil note yang lecturer tu cakap. Sibuk buat taik mata aja. Sesekali kesian juga tengok lecturer tu bercakap memanjang. Tapi aku buat tak kisah je. Nasib baik yang buat perangai aku sorang je (agaknyalah). Dibuatnya satu kelas, sure menangis lecturer tu.

Bermacam-macam persoalan menyerang benak Nazri. Noor melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Nazri. Fuh, macam tengah bersanding pulak. Yang Azmi ni asyik melopong je tengok aku. Nasib baik lalat tak teringin nak masuk dalam mulut dia Kalau tak, sure lunch nanti dia kenyang. Lagipun aku tau sebab apa lalat tak sudi masuk dalam mulut dia. Bau mulut mengalahkan mulut buaya lombong. Hehehe. Nazri curi-curi pandang ke arah Noor. Memang terbukti dia ni cun. Bahagianya kalau dia milik aku. Sedang asyik melihat ‘pemandangan’ indah di sebelah, Azmi menyiku Nazri. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak dapat mengawal tubuhnya terjatuh ke atas badan Noor. Gamat satu fakulti dengan adegan yang tidak disangka-sangka itu. Noor pula menahan marah. Segera dia mengangkat kaki keluar dari perut fakulti. Nazri betul-betul tergamam dengan peristiwa itu.

************
“Sakit sangat hati aku ni Imah. Nasib baik aku dapat cover pengeluaran api dari hidung aku ni . Kalau tidak, sure terbakar fakulti dengan mamat tu sekali. Kurang asam boi betul mamat tu!” marahku. Kalau boleh saat tu juga aku nak jumpa Nazri. Lepas tu aku fire dia . Biar cepat mampos. Aman hidup aku.

“Dahlah tu. Muak aku dengar cerita kau. Bukak mulut aja cerita pasal dia. Telinga aku pun nak rehat juga,” ujar Imah selamba.

“Aku sakit…”

Tak sempat aku teruskan bercakap Imah menutup mulut aku dengan bantal busukku. Puihhh… masam juga bantal busuk aku ni. Hehehe.

“Malas aku layan kau. Ni pakwe kau kasi surat,” Imah menghulurkan sekeping surat. Sampulnya berwarna merah jambu. Bau dia mak datuk. Sebatu boleh terbau akan kewangiannya. Aku bertanya pada Imah siapa pengirimnya sebab aku ni memang tak pernah ada special boyfriend tetapi Imah lekas-lekas keluar dari biliknya. Agaknya dia tak sanggup kena soal-siasat kot? Aku membuka sampul itu dengan berhati-hati. Bau perfume dari surat itu semakin semerbak . Mak datuk. Surat jenis apa ni?



Mohd Nazri,
Dorm 8 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu.
-------------------------------------------------------

Noor Liyana,
Dorm 2 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu. 10 Jun 2000

Cik,

MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN
Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.

2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.

3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.

4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar-benar ikhlas,
Nazri

Alamak. Betul-betul seriuslah Nazri ni. Tapi tempoh yang dia kasi 5 minit aja. Dah bersedia ke aku untuk jadi awek dia? Ah, tak boleh jadi ni. Baik aku pergi jumpa dia dan bagitahu yang aku tak bersedia menjadi awek dia. Tapi, sanggup ke aku bagitahu dia sedangkan hati aku ni dah terpaut padanya sejak kali pertama aku kenal dia. Selama ni aku saja menafikan kerana aku malu dengan diri sendiri. Lagipun aku nak dia gentleman. Kalau betul-betul berkenan kat aku, face to face lah. Ah, tinggal 2 minit lagi. Baik aku jumpa dia. Lepas tu minta dia panjangkan lagi tempoh. Aku segera berlari ke arah pintu dan membukanya.

“Hai awek cun.”

Sesungguhnya aku tidak menyangka Nazri sanggup melakukan tindakan bodoh itu. Curi masuk ke kolej perempuan semata-mata kerana aku! Dan mastermindnya surelah Azmi dan Imah. Celaka betul budak dua ekor ni. Dan yang paling aku tak sangka sekali ialah Azmi dan Imah ada hubungan sulit. Isk, macam mana gosip ni tak sampai kat telinga aku? Nazri tersenyum riang melihatku.

“Sudikah awek cun menerima saya?” soal Nazri sambil menghadiahkan 11 kuntum bunga ros buat aku. Terkedu aku dibuatnya. Aku mengangguk tanpa sedar. Apa lagi, bersorak Imah dan Azmi apabila melihat aku mengangguk. Amboi, mengalahkan tuan yang bertanya. Yang si Nazri pulak tak habis-habis tenung aku. Aku cuba membalas tenungannya dan tidak aku nafikan bahawa matanya amat cantik. Ah, bercinta juga aku dengan mamat 3 suku ni. Walaubagaimanapun, aku berharap agar jodohku panjang dengannya. Sesungguhnya aku tidak sangup kehilangannya.




sumber : ntahla, amik dr facebook, xingat dah.

Friday, July 30, 2010

Erti Cinta

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

I'm as September's Girl


Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas Bersistematik


sumber : kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah