Friday, August 27, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



~ALLAH knows BESt!~♥

Saturday, August 21, 2010

syaitan pun t'kejut....

Assalaamualaikum warahmatullah... wabarakaatuh. Tazkirah buat semua... . Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil b'kata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai shabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut!", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu...

kenapa awak x rogol saya?

by Hanafi Wang Zi on Wednesday, 23 June 2010 at 01:14

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

perubahan manusia...


by Doemon Ewa on Tuesday, 06 July 2010 at 11:06

Kenapa org boleh berubah? napa org boleh berubah? knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?

[HARI NI] cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK] ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...

[HARI NI] bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK] bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."

[HARI NI] Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK] kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."

[HARI NI] kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK] usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara

[HARI NI] wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK] free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...

[HARI NI] kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK] 8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas

[HARI NI] kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK] si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..." Semua ni pernah berlaku kan... dan mungkin sedang berlaku...

** inilah hakikat.. susah nak cari seseorang yang memahami... walau mcm mana pun si dia lakukan.. kita still setia kan... walhal, mungkin ada ramai ag yg leh ganti... itulah maknanya "SAYANG".... lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat.... lagi kita benci, lagi kita suka... lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan.... nak wat cam ne.... redha je la... walau pun terluka..... .... hurmmmmm.... .....

dosa kecil jadi besar


1.Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.

Kerana itu ada yang menyatakan:"Bukan dosa kecil lagi jika dikekalkan mengerjakannya dan bukan dosa besar jagi jika dimohonkan keampunannya. "Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu,lama kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!
Dalam soal amal baik,Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya,sekalipun hanya sedikit.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.

Dosa itu jika oleh yang melakukannya dianggap besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika oleh yang mengerjakannya dipandang kecil maka disisi Allah dipandang besar.Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukanya atau ingin menjauhinya.Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga,hal ini disebabkan misalnya kerana hebatnya godaan dan lain sebagainya.Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya. Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya,tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong
melakukannya.Kecondongan inilah yang menyebabakan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu,sikap memandang kecil akan dosa,mempunyai kesan negatif.Orang menjadi tidak takut berbuat dosa dan kurang peduli
terhadap dosa.

3.Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.

Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat,ia akan berbekas sangat mendalam dalam batin,bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu.Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa,satu hal yang sangat buruk.

4.Kerana dosa kecil itu dilakukan denagan perasaan aman dari balasan Allah.

Sebetulnya perbuatan apa pun besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah.Allah amat sagat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang bodoh/sesat yang merasa dirinya aman dari pengawasan Allah.Kalaupun (nampaknya)aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah memeng menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaaNya,agar dengan demikian makin banyak lagi dosa yang dikerjakanya. Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah,meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan makin
berani melakukanya.

5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.

Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain,tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain.Dan ada kalanya pula waktu melakukanya memang dihadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran.Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri, sebab hanya dia sendiri yang mengetahui.Tetapi tutup yang diberikan oleh Allah itu justeru malah dibuangnya jauh-jauh oleh dengan perbuatanya memberitahukan dosanya itu kepada orang lain yang semula tidak tahu.Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain,mengapa dilakukan di muka orang lain? Jadi pelanggaranya yang pertama,kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggaranya yang kedua kerana cara ia melakukan
dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya.Dengan begitu,satu macam kemaksiatan tersebut mengandungi dua macam pelanggaran sekali gus.Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.

6.Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.

Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan
diikuti pula oleh para pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.

Dalam sebuah hadis disebutkan:

"Siapa menciptakan sunnah yang buruk,dia menanggung dosa atas perbuatanya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukanya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun"

Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu,maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya, apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.

RAHMAT ALLAH

Takrif :Rahmat Allah bermaksud segala pemberian Allah kepada manusia sebagai tanda kasihnya.

Kedudukan:Semua manusia bergantung kepada rahmat Allah.

Fiman Allah:
"Sekiranya tiada kurniaan Allah dan rahmatNya ke atas kamu semua di dunia dan di akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar".
-An Nur 14.

Jenis:
1.Rahmat pemberian harta benda dan kekayaan.
2.Rahmat pemberian Al-Quran.
3.Rahmat pengutusan Rasul sebagai petunjuk.
4.Rahmat pemberian apa yang ada dilangit dan dibumi.

Pembahagian:
Firman Allah:
"Dan dia telah menyempurnakan atas kamu nikmatNya lahir dan batin"
Luqman 20.

1.Rahmat lahir-Rahmat untuk kepentingan lahiriah manusia.

Firman Allah:
"Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah telah menyerahkan kepada kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi,"
Luqman 20

2.Rahmat batin-merupakan pengurnian petunjuk dan hidayah dari Allah,

Firman Allah:
"Wahai manusia,sesungguhnya telah datang kepada kamu nasihat dari Tuhan kamu dan penyembuh bagi apa yang ada di dalam dada
(batin)". Yunus 57

3.Rahmat khusus-Rahmat yang diberikan kepada orang yang tertentu sahaja

Firman Allah:
"Maka sesiapa yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk memeluk agama Islam,
bererti ia telah memperolehi nur (iman) dari Tuhannya".
Az Zumar 22.

4.Rahmat umum-Rahmat ini dalam bentuk kebendaan.Rahmat ini diberi kepada semua manusia termasuk yang kafir asalkan mereka berusaha. Begitulah juga rahmat yang di turunkan dalam bentuk alam ini yang boleh dinikmati oleh seluruh manusia .

Kesimpulan:
Manusia bergantung kepada rahmat Allah bahkan dengan rahmatNyalah manusia akan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.Bagi orang bukan Islam mereka hanya memburu kejayaan dunia dan mereka hanya mendapat rahmat umum atau zahir sedangkan umat Islam diajak memperolehi rahmat dunia dan akhirat.Dengan rahmat Allah sahaja kita akan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Wednesday, August 11, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



sumber dari facebook mohammad hafiz tarmizi

Monday, August 2, 2010

Erti Sahabat

Misha singkap kembali tabir ingatannya.

Sharon

Manis nama itu, semanis orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada kalang-gantinya.

Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil pena kesukaannya tanpa izin dan menghilangkannya.

Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilang tu berlainan dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.

"Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilang tu berharga bagiku!" Misha memarahi Sharon. "Selagi kau tak jumpa pena tu, selagi itulah aku tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantin tu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambah merahlah mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.

"Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi ke rumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi "Ring,riiiiiiiing,riiiiiii
iing,riiiiiiiing" Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala perkara yang tak baik berlaku. Kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.

Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan dengan sekolahnya. "Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.

Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat nota daripadanya.

MISHA SHARMIN,

AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU. DI RUMAH AKU TAK JUMPA. TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENA TU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENA TU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.

SHARON OSMAN.

Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan.

Barulah dia sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan membaca al-quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya.

Semoga dengan kalam Allah, Sharon akan bahagia di alam barzakh


Sunday, August 1, 2010

PUASA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

STOKIN GIANT : Bukan sekadar murah + cantik


Selesai satu program di Masjid Bandar Sunway, 3 orang sahabat bercadang singgah di Sunwayhal penting yang perlu diuruskan. Dengan memakai t-shirt labuh muslimah dan menggalas beg yang agak besar, 3 orang sahabat ni masuk ke dalam Sunway Pyramid denganyakinnya.

“Eh, kito ni macam pejuang Assobiah jah ni. Baju labuh, galas beg.” Kate Mut sambil ketawawalaupon perkataan pejuang Assobiah tu x penah wujud.

“ Ye ah. Haha. X po kito g kejap jah.” Sampuk Siti.

Maka berjalanlah 3 orang sahabat ni masuk Sunway. Seperti biasa, ada mata yang memandangpelik kepada 3 orang sahabat ni. Tak kurang juga yang berpaling sekali lagi apabila tengokmereka.

“ Pelik sangat ke pakaian aku ni?” monolog Ikin yang sememangnye suka bermonolog.

Seperti biasa, bila ade persoalan yang timbul dalam kepala, Ikin akan cuba berfikir sampai puashati.

Kroniknya zaman sekarang. Sehingga wanita yang pakai jubah dan tudung labuh dipandang peliktapi yang pakai macam Britney Spears kat luar sana dipandang biasa-biasa. Ini tak boleh jadi!! Di mana kesedaran semua orang tentang Islam? Adakah mereka tidak beramal denganal-Quran? Kan Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa’:31 yang bermaksud,

“Dan katakanlahkepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannyadan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya ……………”

Tapi, terlalu sukar untuk kita memuaskan hati semua orang. Terlalu sukar untuk kita buatsemua orang sedar tentang perkara ini. Siapalah saya untuk berbicara tentang sumua ini.. sayahanya berdoa semoga semua orang di beri hidayah oleh Allah untuk kembali sujudmenyembahNya, kembali berpegang pada al-Quran.

yang saya tertarik menyentuh isu aurat. Tapi jangan salah faham, tidak bermakna saya adalah orangmenutup aurat dengan sempurna. saya juga masih dalam proses membetulkan diri. Kitasama-sama perbaiki diri kita.

program-program Selama 2 tahun lebih berada di JAD, saya memerhatikan apa yang berlaku dari hari ke hari. Semakin ramai yang punya kesedaran tentang Islam. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah atas hidayah yang tidak putus-putus yang Kau beri kepadaku dan rakan-rakanku, tidak kiramelalui apa cara sekalipun. Bersyukur juga kerana Allah tempatkan saya dalam suasana beginisaat saya remaja. Bukan senang untuk kita korbankan masa remaja kita untuk menghadiriilmiah. Tapi di JAD ini program ilmiah tak putus-putus malah kadang kalaberbelah bagi nak menghadiri program yang mana satu.

yang Saya seronok melihat perubahan rakan-rakan. Alhamdulillah, kebanyakkan mereka sedar untukmenutup aurat dengan baik. Kalu turun dengar kuliah Maghrib di surau Khamis malam, ramaipakai T-shirt lengan panjang yang sedikit labuh dipadankan pula dengan seluar yang longgar membuatkan sejuk mata memandang.. tapi………..

99sen Tapi apa?? Apa salahnya jika mereka tutup kaki mereka dengan stokin Giant yang berhargatu? Kenapa stoking Giant? kerana stoking Giant tu murah dan cantik dan ada banyakpilihan. Bukanlah niat untuk promote stokin Giant, tapi apa yang saya nak sampaikan ialah, KAKI JUGA ADALAH AURAT…

Seringkali saya melihat rakan-rakan yang pergi ke kelas dengan lengkap berbaju kurung. Dilihatdari atas, MasyaAllah…. Cukup sempurna aurat ditutup, tapi sekilas pandangan beralih kebahagian kaki, seperti ada sedikit gangguan dalam hati.

“ Ruginya, pakaian die perfect tutup aurat, tapi dia x tutup kaki..kalu tak, da sempurna aurat die ditutup.” Hati berbicara. Saya tak kata saya sudah sempurna tapi saya gembira jika rakan sayatutup aurat dengan baik malah saya lebih gembira jika mereka menjadi lebih baik dari saya.

Persoalannya.. adakah dia tidak tahu bahawa kaki itu aurat? Ataupun dia sengaja mmengambilmudah pasal aurat? Kadang-kadang kita tidak boleh tuduh melulu kerana mungkin orang itutidak tahu tentang sesetengah perkara. Jadi penyelesaian terbaik, saya karangkan article inibukan sebagai teguran tetapi lebih kepada perkongsian.

“ Barangsiapa yang memberatkan auratnya, die boleh lihat wajah Allah ketika di padangMahsyar nanti,” kata Dzulaikha dalam satu muzakarah.

“ Wah… bestnya…,” saya mencelah. Teringat kata-kata Pakcik Roslan ketika daurah suatuketika dulu. Manusia bila berada dalam syurga , segala nikmat dirasakan cukup. Pastilah nikmatitu adalah nikmat terindah yang kita sendiri tak terbayang keindahannya. Tapi dalam SyurgaFirdaus, ahli syurga ini boleh melihat wajah Allah, bila mereka lihat wajah Allah mereka terusterlupa akan nikmat-nikmat indah yang mereka dapat sebelum itu. Subhanallah. Semoga kitamenjadi salah seorang ahli Syurga Firdaus.

Berbalik pada kisah tadi,apabila kita memberatkan aurat, kita boleh lihat wajah Allah ketikadipadang Mahsyar. Kita tiada hak nak kata Allah itu berwajah. Tapi cuma ingin berkongsibahawa ia adalah satu nikmat yang sangat besar, indah dan mengatasi nikmat-nikmat lain.

“ Dzul, ape maksud memberatkan aurat?” saya bertanya ingin tahu.

“ Maksudnya, kita jaga betul-betul la. Bukan tutup sekadar tutup.”terang Dzul.

“ Contohnye, kalu pakai tudung biasa tu dah tutup aurat, kita pakai tudung labuh sikit. Mana la tahu kalau tudung kena angin ke,terselak. Kalau tudung labuh sikit, at least leh cover lagi.” Puteri Gunung Fuji mencelah.

Tidak bermaksud kita ‘wajib’ bertudung labuh. Apa yang nak dipakai itu terpulang pada diri kitasendiri asalkan ia menutup aurat. Tak semestinya pakai tudung Akel bidang 60 baru tutupaurat, Cuma bila kita melabuhkan tudung kita, aurat kita lebih terjaga.

Article ini bukanlah bertujuan membidas sesiapa. Cuma saya ingin kongsi kerana mungkin adadiantara kita yang tidak tahu, tidak sedar atau mungkin terlepas pandang isu aurat ini. Perkaraaurat bukanlah satu perkara main-main kerana ia satu KEWAJIPAN kepada insan bergelarwanita. Selain dalam surah An-nisa, Allah ‘ingatkan’ lagi kita dalam surah Al-Ahzab:59 yang bermaksud;

mu’min “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orangsemua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supayamereka tidak diganggu.”

Apabila sudah ditetapkan sesuatu perkara itu WAJIB, kalau kita tak buat, kita akan berdosa danbila kita berdosa, pastilah azab yang sangat pedih menanti kita ‘disana’ nanti. Nauzubillah.

99sen? Jadi, ape tunggu lagi? Apa yang kita nak buat supaya aurat kita terjaga? Pergi Giant beli stokinBanyak pilihan untuk dipadankan dengan pakaian kita. Ataupun ada yang nak belisarung kaki tebal?? Itu terpulang kepada kita. Yang penting aurat kita terjaga. Sama-sama kitaberamal. Semoga article ini tak mengguris hati sesiapa. Seperti saya tekankan tadi, article inibukanlah sebagai teguran semata-mata tetapi lebih kepada perkongsian. Wallahualam.



Get some more at azzariyat.com